APM 2008….konsert @ majlis anugerah?
Tetiba je rasa nak wat review untuk majlis Anugerah Planet Muzik 2008 hehe
Pemenang Anugerah APM 2008 :
Artis Baru Wanita Terbaik : Farah Asyikin (Farah Asyikin)
Artis Baru Lelaki Terbaik : Faizal Tahir
Duo/Berkumpulan Baru Terbaik : Meet Uncle Hussen
Lagu Paling Popular : Itu Kamu (Estrange)
Kumpulan Paling Popular : Estrange
Artis Lelaki Paling Popular : Faizal Tahir
Artis Wanita Paling Popular : Siti Nurhaliza
Artis Lelaki Terbaik : Anuar Zain (Anuar Zain)
Artis Wanita Terbaik : Kris Dayanti (Kris Dayanti)
Duo/Kumpulan Terbaik : Gigi (Peace,Love and Respect)
Lagu Terbaik : Nakal (Gigi)
Album Terbaik : Peace,Love and Respect (gigi)
Persembahan :
Best sangat2 sampai aku rasa aku tengah menonton dan bukanlah sebuah majlis anugerah…opening yang gempak oleh errrrrrr…..dah tak ingat huhu tp yang pastinya sangat gempak.
Meet Uncle Hussen jugak telah membuat persembahan dengan lagu La,la,la…Kerjalah!! I LOVE YOU Meet Uncle Hussen!!!
Persembahan yang aku rasa paling best ialah daripada Judika,Dayang Nurfaizah dan Hady Mirza yang sungguh chumil ittew opps!! Dorang telah menyanyikan lagu2 bagi pencalonan Lagu Terbaik..aku paling suka masa dorang nyanyi lagu ‘Nakal’ by Gigi tuh. Waaa!!!best giler!!!!n sememangnya nakal hehe
Ni plak artis wajib yang slalu wat persembahan pada hampir setiap tahun majlis nih diadakan iaitu :
Siti Nurhaliza (siti nampak chumil tapi aku xbrape suka tudung atau lebih betulnya pembalut kepala dia tuh
)
Anuar Zain (menyanyikan lagu Bidadari laks malam nih…persembahan diiringi oleh beberapa kura2 wanita yang chantek chantek ker?? yang memakai gaun yang cukup kalerful. rasa macam tengok pertandingan miss universe pon ade masa ni huhu)
Taufik Batisah (menyanyikan lagu Sesuatu Janji. Dia punya tarian memang best n siap wat lompatan ntah ape namanyer yang walopon xbrape menjadi but still membuatkan aku melolong meminta tolong xberkelip tengok
)
Taun ni xbrape menyengat sangat kalu bab penyampaian anugerah coz artis yang menyampaikan anugerah memang suma xbest.
Yang mula2 menyampaikan anugerah adalah Nasha Aziz n alahai..control ayunya..benchi akhak
Pastu Maya Karin laks. Control ayu gak. Aku minat Maya coz dia chantek but masa malam ni tiba2 aku jadi menyampah lak kat dia haha sory Maya.
Pastuh tiba2 plak keluar minah saleh mana lak ni aku pon xkenal. Nama Deborah ape ntah..Pirahh!!! Miss Malaysia upenyer tapi alamak! Langsung xmencirikan wakil dari Malaysia..haizzz dengan slanganya yang ala2 minah dari belanda tuh..nyampes!!
Aku gumbira coz Faizal Tahir menang n Meet Uncle Hussen pon menang gak!!! Horee!! Support our local band!!!!!! Hehehe
Masa penutup laks Mawi botak n Ajai sengau menyanyikan lagu Allahyarham Loloq. Lagu yang belum diputarkan dimana2 corong radio dan belum pernah dinyanyikan lagi sebelum ni. Kiranya hasil karya Loloq disaat2 akhir dialah ni..lagu tu bertajuk ‘Cinta Itu ______’ sila isi tempat kosong. Pemenang akan dapat hadiah menggosok kepala Mawi
Rating yang bley aku bagi untuk APM 2008 nih adalah 9.5 out of 10 for persembahan but 2.5 out or 10 for penyampaian anugerah
1 kata2 yang sempat aku ambik dari anugerah ini adalah ‘Kecantikan itu memang misteri alam yang luar biasa’
oleh Sarah Sechan (pengacara APM 2008)
Pengacara sorang jer malam nih. Biasanya adalah dalam 3,4 orang gtu tapi ape2 pun Sarah pandai wat lawak hehehe
Lupa laks..APM ni diadakan di KL Convention Centre. Tempat dimana berlangsungnya majlis persandingan Siti n Datuk misai K. tapi Datuk K plak xdatang nak temankan Siti. Cian kat Siti. Mesti dia teringat2 kat majlis dia dulu tuh
Anyway…show bagi anugerah nih memang best rr!!!
Lepas geram : masa duk menulis nih internet tiba2 plak wat hal..haishh…ni pon tulis dalam Microsoft word dulu..nyampes btol!!